![]() ![]() Diaryland |
Oleh Jijo
TLS bermula pada abad ke 18 iatu pada tahun 1876 di mana tinggal seorang askar Amerika iaitu Kapten Nathan Algren (Tom Cruise) yang mana pada ketika itu benua Amerika telah di jajah oleh seluruh orang Eropah dan kapten Algren turut terlibat dalam peperangan dengan penduduk pribumi. Pada masa yang sama ketika itu Empayar Jepun diketuai oleh pemerintah yang baru di mana ia telah mula menerima pendatang asing untuk berurusan dalam bidang perdagangan. Konflik bermula apabila pemerintahan Empayar jepun mula menolak “SAMURAI” yang di ketuai oleh Katsumoto (Ken Watanabe) dan bagi menghapuskan unsur Samurai tersebut suatu delegasi dari jepun telah pergi ke Amerika dan telah mengupah Kapten Algren bagi mengajar teknik berperang dengan menggunakan senjata moden. Kapten Algren bersetuju dan bermulalah tugas beliau yang melatih askar-askar jepun tetapi tidak sampai beberapa hari satu rejimen (yang tidak bersedia sepenuhnya menggunakan senjata barat) telah di hantar untuk berlawan dengan anggota Samurai tersebut . Pada ketika inilah terdapat beberapa babak yang memang mengejutkan penonton seperti askar jepun yang kalah terpaksa membunuh diri sendiri serta pahlawan samurai memancung kepala askar tersebut. Kapten Algren tidak dibunuh walaupun pada ketika itu dia telah membunuh seorang pahlawan Samurai disebabkan Katsumoto telah menjadikannya sebagai tawanan perang. Pada masa ini Kotsumoto telah mengingati beliau telah bermimpi harimau putih maka mungkinkan Algren adalah jelmaan mimpinya itu. Maka bermulalah kehidupan baru Kapten Algren di mana kecederaannya telah dirawat oleh Taka (balu samurai yg dibunuh oleh Algren). Sewaktu Kapten Algren cedera inilah beliau sering dihantui mimpi di mana beliau membunuh wanita dan kanak kanak red Indian yang tidak berdosa. Setelah pulih kembali maka bermulalah episod baru bagi beliau dimana dalam tawanan kumpulan samurai barulah ia berjaya menenangkan fikirannya. Banyak adegan yang menyentuh hati penonton contohnya anak-anak kehilangan ayah tersayang. Memaafkan kesalahan orang lain walaupun pada ketika itu wujud perasaan benci , dendam, syak wasangka dan sebagainya. Pada ketika ini Kapten Algren telah belajar kehidupan Samurai seperti bermain pedang menggunakan kayu, mempelajari bahasa jepun bersama anak-anak Taka yang memang kehilangan kasih sayang seorang Ayah.
Semasa penduduk Samurai mengadakan satu pesta keraian, satu serang hendap berlaku di mana Kapten Algren sendiri telah berjaya menyelamatkan Katsumoto dan ini menyebabkan ketua Samurai bersetuju membebaskan kapten Algrein lalu mereka bertolak ke Tokyo bersama-sama dengan anggota Samurai untuk rundingan damai yang diketuai oleh Katsumoto sendiri. Beberapa babak di Tokyo sekali lagi menyentuh emosi penonton seperti anak Katsumoto dipotong rambutnya di khalayak ramai (cuba diselamatkan oleh Kapten Algren sendiri) dan anak kotsumoto sendiri telah ditembak secara dekat walaupun ketika itu beliau telah cedera parah tetapi terus bersemangat menggunakan pemanah menyerang askar jepun. Kapten Algren juga telah terpikat dengan kumpulan Samurai ini dan mengikut mereka kembali ke kampung halaman semula. Babak yang paling ditunggu-tunggu semestinya babak peperangan yang mana ia melibatkan pertempuran beribu-ribu askar jepun dengan hanya beberapa ratus sahaja anggota Samurai. Kapten Algren telah membuat beberapa perancangan dan semestinya babak akhir ini adalah klimaks bagi filem TLS ini. Corak serangan samurai ini kadang2 mengingatkan saya pada filem LOTR tetapi cara pembunuhan dan peperangan dalam filem ini lagi menampakkan keganasannya contohnya peluru menembusi badan yang mana darah telah memercik di sana sini menambahkan realiti peperangan dalam TLS ini. Bersesuaian dengan tajuk filem, maka katsumoto telah menemui ajalnya dan seperti pahlawan Samurai yang lain jika telah tewas maka membunuh diri wajib dilakukan. Ironisnya semua askar-askar jepun telah tunduk menyembah bumi tanda mereka tetap mengangungkan pejuang Samurai yang telah menjadi sinonim menjaga kepentingan Empayar Marahaja Jepun sejak berkurun-kurun dahulu. Seperti biasa dalam mana-mana filem, Kapten Algren tetap berdiri teguh dan menuju pulang semula ke tempat di mana ia mendapat ketenangan dalam pencarian dirinya selama ini. Dari segi cerita memang kadangkala ia menyentuh emosi penonton manakala dari segi aspek senimetografi memang indah di mana kawasan penempatan Samurai yang cantik itu berjaya dieksploitasikan oleh pengarah filem TLS ini. Lakonan Tom Cruise dalam filem ini amat cemerlang malah turut mendapat percalonan dalam Anugerah Golden Globe 2004, mana tahu jika jandanya Nicole mendapat award dalam filem Cold Mountain, Kapten Algren apa kurangnya berdiri di sebalahnya sebagai aktor terbaik. Ken Watanabe juga mendapat pencalonan dalam pembantu aktor terbaik di mana satu lagi kategori ‘Best Original Score’ turut mendapat pencalonan untuk Golden Globe nanti . Keseluruhan : B+ Anda sedang melayari segmen arkib - klik untuk ke laman utama SKRIN!
|